Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah juga kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan… relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia.
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hatimu…
p/s: copied from Faiz's blog...donno where she's got it. I'll asked her tomorrow. =)
edited on 15 Nov : One of my fren ckp kena betulkan ayat kat atas tu...huhu...bukan Fini yg tulis pun. Copy ja. Erm, kena betulkan yg part bwh ni...
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan… relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.One of my fren ckp, kalau cinta itu pergi, ia pasti dtg kembali jika ia milik kita. Ye ke my fren? Fini tatau, tak pernah berlaku lagi. Datang ada, tp persinggahan kot. Kekal dan pergi belum berlaku lagi. =)









4 comments:
adakah anda berada dalam alam percintaan sekarang fini? siapakah gerangan jejaka itu?
Salam,
Huhu..soalan hangat ke hangit tu? Haha, saje je letak, boleh kan? =)
jawapan dia boleh je yg mana2 anda suke. kalau betoi nak kawin apa salahnya. hehehe.. pissttt jgn lupe ajak aku datang makan nasi minyak ye :)
Salam,
Haha, isu-isu (dgn geleng kepala). Mkn nasi minyak Aley dulu la.
Post a Comment